Monday, September 3, 2018



Tip ringkas anak-anak mudah menghafal :

1- Mengulangkaji sedikit-sedikit
Daya mengingat manusia adalah terhad.Otak manusia tidak mampu memproses dan mengingat banyak maklumat dalam satu masa.Cuba fokus kepada beberapa topik ketika belajar,sebaiknya buatkan jadual apa yang hendak diulangkaji.

2- Cuba untuk faham,bukan sekadar menghafal
Kajian menunjukkan apabila kita faham sesuatu perkara,ianya akan lebih lama kita ingat.

3- Belajar menggunakan pelbagai deria
Kebiasaan kita membaca hanya menggunakan deria penglihatan sahaja.Cuba gunakan pelbagai deria yang lain pula,sebagai contoh membaca (melihat) sambil menulis nota (rasa dengan jari),ataupun membaca sambil mendengar audio berkenaan pembelajaran tersebut.

4- Menggunakan imej sebagai bantuan
Sebagai contoh kita belajar berkenaan bentuk pokok kelapa,lebih mudah kita akan igt tentang pokok kelapa itu jika kita melihat sendiri, ketinggian,buahnya dan daunnya,warna apa dan sebagainya.

5- Tidak mengulangkaji atau membaca ilmu baru ketika dalam kepenatan.

6- Tidak mengulangkaji dalam keadaan terlalu lapar dan mengantuk.

7- Manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya,gunakan semaksima mungkin waktu ketika mengulangkaji ,walaupun sekejap yang penting tumpuan dan Fokus 100%

8- Buatkan nota ringkas,yang mudah untuk mengingat.
Boleh guna kaedah Bentuk Peta Pemikiran antaranya : Peta Bulatan,Peta Buih,Peta Pokok,Petak Dakap,Peta Alir,Peta Titi ( boleh Google cari bentuk peta-peta ni)

9- Ikhlaskan niat perbanyakkan doa dan amalan kepada Allah.

10- Ambil 1 sachet int3tree setiap hari pada waktu pagi..Insya Allah int3tree boleh membantu meningkatkan daya pemikiran anak2,juga membantu Fokus anak-anak terhadap pembelajaran mereka.

#int3tree
#resultanakbagusdenganint3tree